RUKUN IMAN ADA
ENAM PERKARA :
1 ) BERIMAN
KEPADA ALLAH SWT
Beriman kepada
Allah s.w.t merupakan Rukun Iman yang pertama, yang menjadi dasar keimanan
seseorang itu. Beriman kepada Allah s.w.t beerti wajib mempercayai Allah s.w.t
itu ada, Ia Maha Berkuasa, Maha Mencipat dan Maha Mengetahui segala apa yang ada
di langit, di udara, di muka bumi dan juga di lautan. Dia adalah Maha Esa, yakni
tunggal dan tidak menyerupai dan tidak diserupai oleh sesuatu.
Seperti
firman-Nya yang bermaksud :
"Katakanlah
wahai Muhammad, bahawa Allah itu satu. Allah tempat segala makhluk bergantung.
Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak sesiapapun yang
setara atau seumpama dengan Allah."
(Surah al-Ikhlas
1 - 4)
2) BERIMAN
KEPADA MALAIKAT
Beriman kepada
malaikat beerti wajib bagi setiap orang Islam mengetahui bahawa malaikat adalah
makhluk yang Allah s.w.t jadikan daripada cahaya dan boleh berupa berbagai
bentuk, tidak bersifat seperti sifat manusia. Malaikat juga menjalankan perintah
Allah s.w.t dengan taat dan patuh. Jumlah malaikat adalah terlalu banyak dan
kita sebagai umat Islam wajib mengetahui 10 daripadanya.
Nama
Malaikat
|
Tugasnya
|
Jibril
|
Menyampaikan wahyu
|
Raqib
|
Mencatat
amalan keburukan
|
Atib
|
Mencatat
amalan kebaikan
|
Izrail
|
Mengambil nyawa
|
Mikail
|
Menurunkan rezeki
|
Israfil
|
Meniup
sangkakala
|
Mungkar
|
Menyoal
orang mati
|
Nankir
|
Menyoal
orang mati
|
Malik
|
Menjaga
neraka
|
Ridzuan
|
Menjaga
syurga
|
3) BERIMAN
KEPADA RASUL
Beriman kepada
Rasul dan Nabi merupakan rukun Iman yang ketiga. Bagi orang Islam wajiblah yakin
dan percaya bahawa Allah s.w.t telah mengutuskan para Rasul dan Nabi kepada
manusia di dunia ini bagi menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kebahagian di
dunia dan di akhirat. Jumlah Nabi dan Rasul yang wajib diketahui adalah seramai
25 orang.
4) BERIMAN
KEPADA KITAB
Beriman kepada
kitab Allah bererti kita wajib beriktikad dan yakin dengan sebenar-benarnya
bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mempunya beberapa kitab suci yang merupakan
firman Allah s.w.t yang hakiki. Diturunkan melalui wahyu yang disampaikan
melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Sejak Zaman Nabi Adam a.s sehinnga
kepada Nabi Muhammad s.a.w, jumlah kitab suci yang diturunkan adalah sebanyak
104 iaitu 100 buah suhuf dan 4 buah kitab suci.
Senarai kitab
dan penerimanya :
- Taurat - Nabi Musa a.s
- Zabur - Nabi Daud a.s
- Injil - Nabi Isa a.s
- Al-Quran - Nabi Muhammad s.a.w
Nabi-nabi yang
menerima suhuf :
- Nabi Syits - 50 suhuf
- Nabi Idris - 30 suhuf
- nabi Ibrahim - 10 suhuf
- Nabi Musa - 10 suhuf
Al-Quran
merupakan penutup segala kitab. Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tidak
akan ada lagi kitab suci lain selepas Al-Quran.
5) BERIMAN
KEPADA HARI AKHIRAT
Percaya kepada
hari akhirat ialah kita wajib beriktikad dan meyakini bahawa akan adanya hari
akhirat atau hari kiamat (pembalasan) di mana pada hari itu semua manusia akan
dibangunkan kembali di padang
Mahsyar untuk menerima hukuman berdasarkan segala amal perbuatan mereka semasa
mereka hidup di muka bumi Allah s.w.t ini.
Tanda-tanda
kecil akan kedatangan hari akhirat :
- Sedikit orang alim dan banyak orang jahil.
- Perempuan lebih ramai daripada lelaki.
- Urusan agama ditakbir oleh orang yang bukan ahli.
- pelacuran dan maksiat berlaku dengan meluas.
- Minum arak dan benda yang memabukkan menjadi kebanggaan.
- Orang miskin menjadi kaya, membina bangunan dan gedung tinggi mencakar langit.
- Banyak berlaku gerak gempa.
Tanda-tanda
besar :
- Keluar dajjal merosakkan agama.
- Keluar binatang yang dipanggil Dabbatul Ard merosakkan manusia.
- Keluar Yakjuj dan Makjuj.
- Hilangnya al-Quran dari mashafnya.
- Terbit matahari dari sebelah barat.
6) BERIMAN
KEPADA QADA DAN QADAR
Beriman kepada
qada dan qadar disebut juga sebagai percaya kepada takdir. Iaitu seseorang itu
mesti yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya
ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t.
Erti Qadar :
Ketentuan yang
mesti berlaku atas tiap-tiap makhluk, sesuai denag batas-batas yang telah
ditentukan oleh Allah s.w.t sejak azali lagi sama ada yang baik atau buruk.
Qadar ada dua
jenis iaitu :
- Berupa aturan atau perjalanan alam ini.
- Berupa untung nasib yang menimpa manusia dan makhluk lain.
Erti Qada :
Ialah
pelaksanaan Allah s.w.t terhadap apa yang telah ditetapkan sejak azali lagi.
PERKARA YANG
MEMBATALKAN IMAN
- Mensyirikkan Allah s.w.t, iaitu menduakan Allah dengan yang lain serta bertawakkal dan bergantung kepada yang lain selain daripada Allah s.w.t seperti menyembah berhala.
- Menafikan segala nikmat sama ada yang nampak atau tidak nampak adalah kurnian daripada Allah s.w.t ataupun ciptaan Allah s.w.t.
- Melakukan perbuatan yang dilakukan dalam amalam keagamaan lain, yang bertentangan dengan ajaran Islam.
- Mengubah hukum Allah s.w.t iaitu, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
- Menolak atau mengubah al-Quran dan hadis. Yakni tidak mahu beiman kepada Nas al-Quran dan sunnah ataupun ingkar terhadap perintah Allah s.w.t dan menafikan kebenaran Islam.
0 komentar:
Posting Komentar